- Total RM0.00 MYR
KERAJAAN BENARKAN PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN BAGI KAWASAN PKPB TERMASUK MAJLIS PERKAHWINAN
KERAJAAN BENARKAN PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN BAGI KAWASAN PKPB TERMASUK MAJLIS PERKAHWINAN PADA 50% KAPASITI PREMIS
SOP PKPB BAGI PENGANJURAN MAJLIS KERAMAIAN KEMASKINI 18 DISEMBER 2020
Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara berkenaan penganjuran majlis keramaian seperti majlis rasmi/tidak rasmi/majlis sosial bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hendaklah beroperasi pada 50 peratus kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial.
Antara majlis yang dibenarkan beroperasi pada 50% kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial.
1. Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta
2. Majlis Sosial seperti :
- - Kenduri-kendara
- - Majlis perkahwinan dan pertunangan
- - Resepsi
- - Majlis aqiqah
- - Doa selamat
- - Tahlil
- - Sambutan ulang tahun
- - Sambutan hari kelahiran
- - Reunion
- - Retreat
- - Dan lain-lain majlis sosial dibenarkan
Sumber: MyGCC