YES Sales 2024! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

Lafaz Akad Nikah Guna Sign Laguage, Pasangan Pengantin Istimewa Undang Air Mata Netizen

August 2022 | Azhar Azmi

Momen indah bergelar raja sehari adalah saat yang dinantikan bagi setiap pasangan yang bakal bergelar suami isteri. Termaktub sudah ikatan pernikahan antara lelaki dan wanita. Pasti debaran lebih kepada sang suami yang bakal berjabat tangan dengan tok kadi sebelum sang isteri menjadi miliknya yang sah.

Namun, bagi pasangan suami isteri istimewa ini cukup berbeza. Bila mana saat pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat membuatkan tetamu hadir sebak dan terharu. Ini kerana majlis akad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.

 

PENGANTIN BISU LAFAZ AKAD NIKAH GUNA BAHASA ISYARAT

 

 

Perkongsian video tersebut turut mengundang rasa sebak netizen kerana melihat kelancaran pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat terutama mengeja nama pengantin perempuan.


Dalam pada itu, komen yang diberikan netizen ternyata amat kagum dengan proses akad nikah tersebut dan menganggapnya satu momen yang jarang dilihat.

Malah, tidak kurang juga yang sebak apabila melihat kesungguhan pengantin lelaki berkenaan.

 

Taktahu kenapa tapi masa pengantin lelaki tengah buat sign language tu nampak macam masyaAllah cantik betul moment ni 😍🥺 Rasa sebak bila tengok ibu di belakang pengantin laki lap airmata.🥺😭
.
Semoga Perkahwinan ini Kekal Bahagia hingga ke Syurga Firdaus. Aminn ya Robbal Alamin. ❤️🤲
.
.
Kredit Video : @poshqifly

 

Beautiful moment masa dia eja satu satu nama wife dia Haslina binti Kipli 🥺🥰 semoga berbahagia hingga jannah pasangan mempelai sama cantik sama padan ❤️

 

Beautiful setiap orang ada kekurangan and setiap orang berhak untuk bahagia 😢😍 semoga pasangan ni kekal ke jannah aminnnn

 

 

Translation missing: en.general.search.loading