🎉 New Year Fiesta 2025! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2025)

December 2022 | Azhar Azmi

Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arabمهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Baca: 16 Soalan Akad Nikah Yang Selalu Di Tanya Tok Kadi

 

Kadar Mas Kahwin di Malaysia Mengikut Negeri (Updated 2025)

Islam tidak menetapkan sebarang nilai untuk mas kahwin. Ianya bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak pengantin

Namun, untuk mengelakkan sebarang masalah, Majlis Agama Islam Negeri telah meletakkan nilai mas kahwin pada kadar yang tertentu.

Berikut adalah kadar terkini untuk tahun 2025:

NEGERI BUJANG / ANAK DARA JANDA / IBU TUNGGAL
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pulau Pinang RM24 RM24
Perak RM101 RM101
Selangor RM300 RM300
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM80 RM40
Negeri Sembilan RM200 RM100
Melaka RM100 RM100
Johor RM22.50 RM22.50
Pahang RM100* RM100
Sabah RM100 RM80
Sarawak RM120 RM120
Wilayah Persekutuan Labuan RM80 RM80

 * 28 Mac 2024 - Kadar baharu mas kahwin di Pahang ditetapkan kepada RM100 berbanding RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 124 tahun lalu. (Sumber)

 

Baca: Cara Solat Sunat Istikharah Jodoh Serta Panduan Doa Istikharah

 

Kadar Mas Kahwin di Negara Jiran

 

Berapa kadar Mas Kahwin di Singapore? 

 

Untuk pasangan yang merancang perkahwinan di Singapura, ROMM (Registry of Muslim Marriage) menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak S$100.

Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk tunai atau nilai seperti emas dan perak.

 


HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN


#1 – Sebagai Pemberian Hadiah

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Mafhum: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.” (Surah An-Nisa, 4:4)

 

#2 – Tanggungjawab Ke Atas Lelaki

Mas kahwin merupakan pembayaran yang bersifat simbolik ke atas perkahwinan yang dijalankan. Ia merupakan tanggungjawab ke atas lelaki yang perlu disempurnakan ke atas perempuan yang ingin dijadikan isterinya.

 

#3 – Simbol Persetujuan dan Kerelaan

Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diberikan ke atas isteri. Isteri dan suami perlu bersetuju ke atas nilai yang ingin diberikan. Oleh itu, ia merupakan simbolik kepada persetujuan bersama sebelum menghadapi alam rumah tangga dan mengambil pelbagai lagi keputusan bersama.

 

#4 – Menandakan Lelaki Itu Serius

Jika seseorang lelaki itu serius untuk menjadikan si perempuan itu sebagai isteri, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan nilai mas kahwin yang diminta.

 

Baca: Prosedur Akad Nikah Beserta 3 Contoh Lafaz Ijab Kabul

 

Kesimpulan

 

Nilai mas kahwin yang paling diberkati adalah yang sesuai dengan kemampuan dan tidak membebankan kedua-dua pihak.

Yang penting adalah niat suci dan keikhlasan dalam menunaikannya.

Wallahu a’alam.

 


Busana pengantin yang sempurna bukan sekadar cantik di mata, tetapi turut meraikan kesucian akad yang bakal berlangsung.

Jika anda sedang mencari inspirasi untuk Baju Nikah atau Baju Sanding yang menggabungkan nilai tradisi dan kesopanan Islam, kami sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam memilih rekaan yang sesuai untuk hari istimewa anda.


 

Nota: Sila rujuk pejabat agama negeri anda untuk maklumat terkini berkaitan prosedur perkahwinan dan kadar mas kahwin.

Artikel ini dikemaskini pada Januari 2025

Tags :
Planning
Translation missing: en.general.search.loading