YES Sales 2024! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

"Cubalah Tunaikan Permintaan ISTERI, Ia Mungkin Permintaan yang Terakhir" Pesan Shuib Sepahtu Buat Para Suami

September 2022 | Azhar Azmi

Menyesal, perit dan sukar untuk dilupakan. Mungkin ini akan jadi satu ‘ralat’ bila permintaan terakhir pasangan tidak dipenuhi. Kalaulah masa boleh diundur kembali, mahu saja kita akan buat apa yang pasangan inginkan.

Jangan tunggu perkara dah jadi baru nak menyesal dan ingat sampai bila-bila. Tunailah apa yang isteri mahukan, kita tak tahu mungkin inilah permintaan terakhir baginya.

Inilah antara luahan perkongsian daripada selebriti, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah setahun yang lalu. Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.

 

Pesan Shuib Buat Para Suami Sempena Setahun Pemergian Siti Sarah

 

 

“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat.”

 

“Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempat favourite you.”

 

“Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali.”

 

“Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.

Selain berkongsi mengenai situasi yang dirakam bersama arwah isteri tersayang, Shuib juga berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.

Tambah Shuib, permintaan tersebut barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka.

Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir

 

“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin.

 

Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt. Raissuddin”

 

 

Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.

 

Permintaan Terakhir Tanpa Kita Sedar

Apa yang ingin dikongsikan adalah tentang permintaan pasangan. Kadang-kadang isteri teringin makan makanan kegemaran atau sesuatu bukanlah menganda-ngada.

Mungkin inilah permintaan terakhirnya yang kita tak tahu. Jadi, tak salah pun untuk suami tunaikan. Takutnya bila ingat kembali itulah permintaan terakhir yang tak sempat kita tunaikan.

Menyesal dan mengalir air mata darah sekali pun dah tak berguna. 

 

Sumber: astroawani

Translation missing: en.general.search.loading