- Total RM0.00 MYR
"Bila Isteri Tag di Facebook, Suami Wajib Respon" - Ini Sebab Kenapa
Pada zaman kini hampir setiap orang mempunyai akaun media sosial untuk berhubung, berkongsi gambar mahupun pendapat masing-masing. Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, kebiasaannya akan ada pasangan tag Facebook anda.
Namun kebanyakan yang kita lihat pada hari ini, ramai suami seakan-akan tidak mengendahkan tag Facebook dari isteri. Bila dengan kawan-kawan, laju pula dia respon!
"Bila Isteri Tag di Facebook" - Ini Sebab Kenapa Suami Wajib Respon
Menurut luahan yang dikongsi oleh Attyra Saari dalam pautan Facebooknya, dia memuji tindakan suami yang memberikan respon pada Facebook setiap kali ditag.
Suami bagi respon pendek dah cukup buat kaum isteri rasa dihargai
Satu benda yang aku hargai sangat dengan laki aku ni, bila tag dia kat mana-mana posting dalam facebook atau media sosial lain wajib dia akan reply. Tak pernah dia biarkan tag aku tu terbiar sendu tanpa balasan, dari dulu sampai anak-anak dah besar panjang, yelah dah berbelas tahun main facebook kan.
Padahal aku mention nama dia tanpa kata-kata pun, tapi dia gigih reply panjang-panjang. Terharu.
Isteri berasa senang hati bila suami respon pada tag Facebook
Kadang-kadang aku tengok kaum isteri-isteri gigih tag si suami, tapi si suami langsung tak reply, like pun tidak. Aku jadi sedih, benda simple je sebenarnya, tapi mungkin dipandang ringan oleh kaum suami.
Bila Isteri Tag Di Facebook, Suami Jangan Buat Tak Tahu, Berilah Respon Tanda Hargainya.
Yelah kan, kaum isteri ni jenis suka membaca kat facebook ni, ada benda-benda yang bermanfaat mesti dia akan tag, excited nak share kat suami, apa salah reply walau sekadar “ok” kan? Tapi tak, dibiarkan macam angin lalu.
Tapi kalau kawan-kawan tag laju pulak dorang reply, mana tak terasa hati si isteri. Tapi dalam terasa tetap si isteri gigih jugak tag tanpa jemu.
Benda kecil tapi impak dia besar
Mungkin bagi isteri lain benda tu okey, mention or tag tanpa balasan. Tapi bagi aku sangat tak okey, sebab macam tak dihargai. Kalau lepas tag dia baca dan cakap depan-depan tu lain, yang tu bagus, tapi kalau yang jenis memang buat dunno je tu yang terasa.
Benda simple tapi impak dia besar. Kadang sekecil-kecil benda di mata orang, adalah sebesar-besar rasa di hati kita.
Hargailah kaum isteri, mereka tak nak kemewahan pun, cukup sekadar dihargai dengan benda-benda yang kecil sebegini, pun dah buatkan dorang rasa disayangi dan dihargai.
Bila Isteri Tag Di Facebook, Suami Jangan Buat Tak Tahu, Berilah Respon Tanda Hargainya
Tambah beliau lagi,
By the way, maaf la kalau ada yang trigger, tapi posting ni hanya ditujukan kepada kaum suami yang jenis layan facebook tapi tak layan bini, siapa yang suami-suami dia jenis tak main facebook, jenis yang suka cakap depan-depan, jenis yang rasa suami dia tak perlu balas dia memahami, jenis yang rasa suami dia sibuk bekerja sampai tak layan sosmed, jenis yang rasa suami dia memang sempurna tanpa perlu menjaga hati dia, posting ini bukan untuk anda.
Saya hanya menulis sebab ada terbaca kaum isteri sedih bila tag suami tak melayan. Itu sahaja. Yang rasa suami dia perfect tu jangan salah faham dan janganlah trigger okay.
KESIMPULAN
Bagi wanita, setiap posting yang baik dan bermanfaat perlu dikongsi bersama suami. Bukan sebab lain, lepas kahwin hanya suami sahajalah kawan paling rapat yang isteri ada, kan?
Jadi para suami bila Isteri Tag Di Facebook, Suami Jangan Buat Tak Tahu, Berilah Respon Tanda Hargainya.
Semoga bermanfaat untuk semua!
Sumber: theasianparent.com