YES Sales 2024! Click Here for more info.

Your cart is currently empty.

9 Hadiah Istimewa untuk Pengantin Baru

September 2022 | Azhar Azmi

Mesti dilema untuk memilih hadiah apa yang hendak diberikan semasa ke majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi, kalau pengantin itu merupakan kenalan baik atau saudara rapat. Kita orang melayu penuh dengan adat dan budi bahasa. Segan jika kita bertandang ke majlis orang dengan tangan kosong.

 

Untuk memudahkan anda memilih dan mencari idea hadiah kahwin, saya kongsikan 9 senarai hadiah kahwin menarik dan istimewa yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan bajet.

 

9 Hadiah Istimewa untuk Pengantin Baru

 

1. Pinggan Mangkuk

Hadiah Pengantin Baru-set Pingan mangkuk

Hadiah yang lazim diberikan kepada pengantin adalah pinggan mangkuk. Kebiasaannya setiap pasangan baru berkahwin akan pindah ke rumah baru. Hadiah pinggan mangkuk sangat sesuai dan diperlukan untuk mereka bagi menjimatkan kos dalam menempuh alam baru.

Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang viral dan tahan lama pasti dapat memukau setiap mata memandang terutama pengantin perempuan. Seperti gambar yang di atas, pinggan mangkuk yang mempunyai stail bohemian atau nordic memang sangat eksklusif dan kelihatan mewah.

Paling menarik pinggan mangkuk ini diperbuat daripada seramik, tahan jika dipanaskan dalam microwave atau oven. Setiap set pula ada 16 barangan. Memang sangat berbaloi!

 

2. Kuali / Periuk

Hadiah pengantin-kuali


Nak hadiah yang berlainan dari kebiasaan, anda boleh beri kuali atau periuk. Pelbagai jenama barangan ini yang anda boleh pilih seperti kuali enamel. Produk ini sememangnya sudah terkenal dan cukup familiar dengan rakyat Malaysia.

Kuali ini didatangkan dengan 8 saiz berbeza yang tebal dan tahan lasak, tak melekat jika memasak dan senang untuk dibasuh. Kalau guna sudip besi pun kuali tak akan calar. Paling spesial pengguna juga boleh mengukus menggunakan kuali enamel ini.

Cuba survey di kedai ini untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan amat berbaloi setanding kualiti produknya.

 

 

3. Set Tuala Mandi

 

hadiah pengantin baru-couple towel

Set tuala mandi merupakan suatu idea pilihan hadiah yang bijak kerana boleh digunakan dalam kehidupan harian si pengantin. Kita boleh menempah set tuala mandi bersulam nama pasangan pengantin tersebut.

Selain nama, anda juga boleh menambah perkataan romantik seperti “Husband & Wife” dan “His & Hers” bagi menampakkan lagi kemesraan si pengantin baru. Terdapat pelbagai medium seperti di sosial media yang menawarkan perkhidmatan menghias set tuala mandi di Instagram yang anda boleh tempah.

 

 

4. Microwave / Oven


hadiah pengantin baru-compact oven

Bagi pasangan pengantin yang kedua-duanya bekerja, microwave amat diperlukan oleh mereka. Kesibukan bekerja membuatkan masa untuk berada di dapur dan memasak menjadi terhad. Namun, isteri pasti mahu menyediakan masakan air tangan sendiri lagi-lagi apabila baru mendirikan rumah tangga.

Microwave adalah pilihan hadiah terbaik. Isteri boleh memasak pelbagai jenis makanan dalam satu hari untuk seminggu dan menyimpan dalam peti ais. Apabila hendak dimakan, keluarkan saja satu menu dan panaskan dalam microwave. Senang, cepat dan puas bukan?

Jangan risau, oven yang berharga bawah RM 100 pun ada tau. Senang dan selamat digunakan.

 

 

5. Air Fryer

 

hadiah pengantin baru-air fryer


Pasti ada pasangan baru berkahwin yang kurang mahir untuk memasak di dapur tetapi mahu belajar dan menyediakan air tangan sendiri untuk pasangan. Apa kata anda berikan air fryer yang mampu mempercepatkan dan memudahkan proses memasak untuk yang kurang mahir.

Yang penting, produk ini khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan penyediaan makanan yang rapi. Hal ini kerana, memasak menggunakan air fryer tidak memerlukan minyak untuk menggoreng membuatkan makanan tersebut kurang kolestrol dan lemak tetapi rasanya tetap sama seperti digoreng.

Beli air fryer ini anda akan dapat manual penggunaan dan buku resepi. Mudah untuk pengguna memakainya dan mencuba pelbagai jenis resepi. Bukan setakat memasak, nak panaskan makan juga boleh dengan air fryer.

 

 

6. Smart Rice Cooker

 

hadiah pengantin baru-smart air fryer

Hadiah periuk nasi elektrik merupakan hadiah yang kerap diberikan oleh tetamu. Hadiah jenis ini sangat praktikal dan bermanfaat. Si pengantin akan tersenyum lebar apabila membuka balutan hadiah daripada anda.

Terdapat pelbagai pilihan jenama tempatan dan antarabangsa serta saiz yang anda boleh pilih. Anda juga boleh mendapatkan sebuah smart rice cooker sebagai hadiah pada harga bawah RM100.

 

 

7. Coffee Maker

 

hadiah pengantin baru-coffee maker

Sudah menjadi trend kini banyak kedai minuman kopi yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ini bermakna penggemar kopi semakin ramai bukan sahaja untuk golongan berusia, namun turut menjadi pilihan dewasa untuk menghilangkan rasa dahaga.

Jika rakan mempelai anda adalah hantu kopi, memberikan coffee maker sebagai hadiah pasti akan menjadi hadiah terbaik buat mereka.

Dengan adanya coffee maker, pasti dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga untuk keluar semata-mata untuk membeli kopi. Pelbagai jenis kopi boleh diterokai dan rasai sepuasnya oleh penerima seperti latte, cappuccino, mocha, americano dan lain-lain.

Cara nak guna mesin kopi ini sangat senang dan dapat menjimatkan masa. Lagi-lagi dari jenama Konka, memang sangat berkualiti.

  

 

8. Travel Luggage

 

hadiah pengantin baru-luggage


Pilihan hadiah travel luggage ini sungguh sesuai untuk pasangan pengantin yang suka “travel”. Bukan sahaja untuk aktiviti melancong mereka, tetapi juga bermanfaat untuk mereka yang bakal berpindah ke rumah baharu. Sudah tentunya mereka akan berterima kasih kepada anda dengan pemberian ini.

Anda juga boleh menghadiahkan barangan ‘islamik” seperti sejadah dan telekung. Hadiah ini pasti menjadi hadiah bermakna buat pasangan pengantin serta menambah koleksi peribadi mereka.

 

 

9. Duit Salam / Angpau

hadiah pengantin baru-duit salam

Tak sempat nak beli hadiah kahwin. Cari sahaja sampul duit raya atau sampul surat yang cantik, anda hanya perlu masukkan duit sebagai pengganti hadiah.

Pasangan pengantin akan lebih menghargai pemberian anda. Jumlahnya terpulang kepada bajet dan keikhlasan anda.

 

KESIMPULAN

 

Diharap artikel ini dapat membantu anda mencari hadiah yang sesuai dan menarik untuk bakap pengantin. Hadiah kahwin menambahkan keserian majlis dan cara anda menunjukkan tanda penghargaan kepada pengantin.

Tetapi apa yang paling penting adalah kesudian anda untuk meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis perkahwinan yang diundang.

Tags :
Happening
Translation missing: en.general.search.loading